TIPS PENJAGAAN RAMBUT
Mengelakkan Rambut Ditumbuhi Uban Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab. Melebatkan Rambut Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang ...